KUALA LUMPUR: Perbuatan pemandu sebuah kereta menggunakan laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini yang videonya tular mengundang padah apabila dia disaman pihak polis pada Sabtu.
Tindakan pemandu kereta berkenaan yang membahayakan pengguna lebuh raya itu terutamanya penunggang motosikal dirakam sebelum dimuat naik di Facebook dan tular sehingga mengundang kecaman netizen.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, sejurus selepas menerima video tular itu, pihaknya terus menjalankan usaha bagi mengesan pemilik kereta terbabit.
"Pemilik kereta yang merupakan wanita warga tempatan berumur 49 tahun itu berjaya dikesan kira-kira jam 5 petang pada Sabtu.
"Tindakan saman di bawah Rule 008(3) LN 166/59) atas kesalahan tidak ikut tanda laluan trafik telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan.
"Lorong motosikal merupakan laluan yang hanya dikhaskan kepada motosikal sahaja dan kenderaan seperti kereta tidak dibenarkan melaluinya.
"Tindakan sebegini sekali gus membahayakan pengguna lain dan boleh mengakibatkan kemalangan," katanya.
Pada Sabtu, video sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang wanita melalui laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duke tular di media sosial.
Video berkenaan mendakwa pemandu tersebut menggunakan laluan motosikal bagi mengelak membayar tol sebanyak RM2.50.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 23 2022
Tangkap layar video tular di media sosial mengenai sebuah kereta melalui laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duke. -Foto Sinar Harian
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.
Naik taraf laluan motosikal agar sesuai dengan motosikal berkuasa tinggi - Pengerusi LLM
Ada beberapa laluan seperti di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, yang dilihat tidak selamat dan boleh mengakibatkan kemalangan.
Pemandu kereta guna laluan motosikal di plaza tol disaman
Tindakan saman di bawah Rule 008(3) LN 166/59) atas kesalahan tidak ikut tanda laluan trafik telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Polis cari lelaki pandu kereta di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan
Siasatan awal mendapati kereta yang memasuki laluan motosikal itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.
Garis panduan untuk p-hailing dikeluarkan
Syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan motosikal bagi tujuan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan secara dalam talian mesti patuh garis panduan ditetapkan.
Penguatkuasaan lebih bersepadu oleh polis, JPJ kekang kemalangan basikal lajak
Penguatkuasaan penting bagi memastikan penggunaan basikal lajak tidak dilakukan di kawasan yang sesak dengan lalu lintas.
Lee sambut baik agenda laluan motosikal dalam RMK-12
Tan Sri Lee Lam Thye berkata, laluan motosikal amat diperlukan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
JKJR berhasrat tingkatkan kualiti laluan khas motosikal
Jabatan itu bersama beberapa agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan berbincang memastikan kemudahan itu memberi manfaat.